Site icon TechNave BM

Google Assistant kini boleh membacakan laman web dalam 42 bahasa

Google sekarang sudah mengeluarkan perkhidmatan pembacaan artikel bernama Google Assistant yang boleh membaca laman web dengan suara yang kuat. Perkhidmatan ini diberi pratonton di CES pada bulan Januari lalu dan akan dilancarkan kepada orang awam mulai hari ini.

Untuk menggunakan perkhidmatan ini, pengguna hanya perlu mengatakan “Hey Google, read it” atau “Hey Google, read this page” untuk Google Assistant membaca teks di atas skrin. Selain itu, pengguna juga boleh memilih teks spesifik untuk Google Assistant membacanya dan mengubah kelajuan bacaan.

Contoh penggunaan Google Translate untuk membaca laman web. Teks yang sedang dibaca akan diterangkan (highlighted) dengan warna biru. Pengguna juga boleh mengawal kelajuan pembacaan.

Perkhidmatan itu akan dilancarkan dengan 42 bahasa yang boleh saling diterjemahkan, tetapi setakat ini Bahasa Melayu masih tidak disokong oleh Google Assistant. Tentunya ini amat bernilai buat mereka yang mempunyai masalah penglihatan atau ingin mendengar bacaan sambil membuat tugas lain.

Beritahu kami di Facebook jika anda sudah menggunakannya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: The Verge

Exit mobile version