Site icon TechNave BM

Google bakal berhentikan 12,000 pekerja, fokus pada pembangunan AI

Selepas Amazon, Microsoft dan Meta melakukan pemberhentian secara besar-besaran, Google melakukan perkara yang sama dan merancang untuk memberhentikan kira-kira 6% tenaga kerja globalnya berjumlah 12,000 orang. Sebagai perbandingan, Amazon memberhentikan 18,000 pekerjaan (6%), Microsoft memberhentikan 10,000 pekerja (5%) manakala Meta memberhentikan 11,000 orang (13%).

Dalam catatan blog Pegawai Eksekutif Kanan Google, Sundar Pichai berkata pemberhentian ini menandakan bahawa Google sedang menfokuskan kecerdasan buatan yang akan menjadi bidang utama pada masa hadapan. Tambahnya, dia yakin tentang peluang besar selaras dengan misi, nilai produk dan perkhidmatan serta pelaburan awal untuk teknologi AI.

Tambahnya lagi, kakitangan Google yang tinggal harus memberi tumpuan lebih daripada sebelumnya dan bekerja keras. Google akan berusaha untuk membangunkan perkhidmatan berkaitan AI bagi bersaing dengan syarikat yang menjalankan projek serupa.

Hasil Google tahun ini meningkat kepada $69 bilion tetapi keuntungan sebenar menyusut kepada $13.9 bilion. Dengan ekonomi global dijangka menghadapi cabaran yang serius pada tahun 2023, Google cuba bertindak sebelum keadaan menjadi lebih teruk.

Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: The Verge

Exit mobile version