Saya percaya bahawa ramai orang mempunyai lebih daripada satu akaun Gmail dan sebahagian daripada mereka sudah lama tidak mendaftar masuk akaun tersebut. Google baru-baru ini mengemas kini dasarnya untuk menyatakan bahawa akaun yang tidak digunakan sekurang-kurangnya dua tahun dianggap tidak aktif dan akan dipadamkan.
Google mengatakan akaun yang tidak aktif berkemungkinan digodam jika ia tidak digunakan untuk masa yang lama. Ini kerana akaun yang terlupa atau dibiarkan tanpa pengawasan sering bergantung pada kata laluan lama atau digunakan semula yang mungkin telah terjejas kerana tidak mempunyai pengesahan dua faktor dan tahap keselamatan yang rendah.
Analisis dalaman Google menunjukkan bahawa akaun yang tidak digunakan adalah 10 kali lebih bahaya daripada akaun aktif kerana menggunakan pengesahan dua faktor. Ini bermakna bahawa akaun yang tidak aktif selalunya berada dalam keadaan terdedah, dimanipulasi, kecurian identiti dan penggodaman.
Jadi, Google akan memadamkan akaun Gmail dan kandungannya termasuk kandungan dalam Google Workspace, YouTube dan Google Photos jika akaun tersebut tidak digunakan atau dilog masuk ke selama sekurang-kurangnya 2 tahun. Dasar ini hanya terpakai pada akaun Google peribadi dan tidak menjejaskan akaun daripada institusi seperti sekolah atau perniagaan.
Selain itu, kemas kini ini membawa dasar Google selaras dengan piawaian industri untuk pengekalan dan pemadaman akaun serta mengehadkan tempoh Google mengekalkan maklumat peribadi pengguna yang tidak digunakan. Pemadaman data akaun akan dijalankan secara berperingkat mulai Disember 2023.
Sebelum memadamkan akaun, Google akan menghantar berbilang pemberitahuan sepanjang bulan sebelum pemadaman. Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.
Sumber: Google

