Site icon TechNave BM

Google batalkan acara April Fools’ Day untuk tahun kedua berturut-turut

Google telah membatalkan acara tahunan sempena April Fools’ Day buat kali pertama pada 1 April 2020 memandangkan wabak COVID-19 telah memaksa ramai orang untuk kekal di rumah. Pada tahun ini, Google membatalkan acara itu sekali lagi kerana wabak COVID-19 yang masih lagi menular.

Dalam sebuah buletin yang diedarkan di kalangan pekerja Google, naib presiden pemasaran global Google Marvin Chow mengatakan mereka tidak akan mengadakan jenaka April Fools’ memandangkan dunia masih lagi terjejas teruk akibat wabak COVID-19.

Semua perkhidmatan Google tidak akan memperkenalkan tema April Fools’, termasuklah perkhidmatan permainan video Google Stadia. Sebaliknya, Google akan terus menganjurkan cara untuk membawa kebahagiaan kepada para penggunanya, seperti gambar Google Doodles, easter eggs dan banyak lagi.

Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: 9to5 Google

Exit mobile version