Site icon TechNave BM

Google bertindak lebih tegas terhadap aplikasi Android yang kerap menjejak lokasi pengguna

Untuk memberikan keselamatan yang lebih kukuh buat pengguna Android, Google akan menguat kuasakan proses rujukan baru yang menyemak jika sesuatu aplikasi benar-benar memerlukan lokasi pengguna pada setiap masa. Dalam sebuah tulisan dalam blog pembangun Android, bermula 3 Ogos, Google akan mewajibkan aplikasi dalam Google Play yang memerlukan data lokasi pengguna untuk lulus saringan oleh Google.

Ini adalah usaha Google untuk mengurangkan jejakan sampingan (background tracking) di mana aplikasi boleh menjejak lokasi pengguna pada bila-bila masa. Proses rujukan yang baru ini akan memerlukan pembina aplikasi untuk menyediakan hujah yang kukuh kepada Google jika aplikasi mereka benar-benar memerlukan jejakan sampingan.

Proses rujukan baru ini adalah sebahagian daripada usaha Google untuk mengurangkan jejakan lokasi pengguna dalam Android 11. Walaupun proses rujukan ini tidak akan bermula sehingga Ogos, pembina aplikasi boleh mula meminta maklum balas daripada Google bermula bulan Mei untuk mengetahui jika aplikasi mereka boleh menggunakan jejakan sampingan.

Berikan pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: The Verge

Exit mobile version