Site icon TechNave BM

Google bocorkan gambar fon telinga Pixel Buds A, mungkin dilancar 18 Mei ini

Terbaru, Google secara tidak sengaja telah menunjukkan fon telinga terbaru mereka, Pixel Buds A melalui email yang dihantar ke akaun Google Nest. Di email tersebut, terdapat gambar kecil yang menunjukkan sebuah fon telinga baru berwarna hijau.

Sebelum ini, Google Pixel Buds A telah muncul di pensijilan FCC sebagai sebuah fon telinga Google yang baru. Penyenaraian FCC menunjukkan bahawa peranti ini hadir dengan nombor model GPQY2 dan G7YPJ. Dua nombor model berbeza ini adalah untuk fon telinga sebelah kanan dan kiri.

Gambar sebuah fon telinga baru berwarna hijau
Penyenaraian FCC untuk Pixel Buds A

Google Pixel Buds A dilihat hadir dengan dimensi yang sama seperti Pixel Buds sebelum ini. Pixel Buds yang baru ini dkhabarkan akan menyelesaikan masalah hubungan yang ada pada peranti Pixel Buds.

Mengikut sumber, Pixel Buds A mungkin akan diperkenalkan di acara Google I/O 2021 pada 18 Mei ini.

Nantikan berita lanjut mengenai peranti ini di Facebook kami dan terus kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber : Gizmochina

Exit mobile version