Site icon TechNave BM

Google Chrome kini paparkan sari kata automatik untuk video atau audio di laman web

Live Captions ialah fungsi kapsyen atau sari kata automatik yang boleh diaktifkan melalui pelayar Google Chrome. Sebelum ini, ciri sebegini hanya boleh digunakan untuk pengguna peranti Google Pixel dan Samsung Galaxy. Kini, Live Captions sudah boleh digunakan oleh mana-mana pengguna Google Chrome tidak kita apa pun jenis peranti anda.

Sepintas lalu, Live Captions menggunakan pembelajaran mesin untuk memaparkan sari kata secara automatik ketika anda mendengar atau menonton sesebuah kandungan melalui pelayar Google Chrome. Berdasarkan sumber, sari kata atau kapsyen automatik ini berfungsi untuk mana-mana video YouTube, Twitch, pemain audio siar dan perkhidmatan penstriman muzik seperti SoundClous. Setakat ini, ia hanya berfungsi dalam bahasa Inggeris.

Anda boleh mengaktifkan fungsi ini pada pelayar Chrome versi terkini melalui Settings, pilih Advanced, pilih Accessibility dan cari Live Captions. Jika ia tidak terpapar, anda boleh mengemaskini dan membuka semula pelayar Chrome anda.

Sudahkah anda mencubanya? Kongsikan bersama kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: The Verge

Exit mobile version