Site icon TechNave BM

Google dalam usaha menghasilkan cipset Tensor generasi ke-2

Salah satu sumber yang boleh dipercayai sebelum ini tertarik dengan penggunaan kod dalam siri Pixel 6. Baru-baru ini, terdapat khabar bahawa Google sedang dalam usaha untuk menghasilkan cipset Tensor generasi ke-2 dengan kod nama “Cloudripper”.

Pasukan penyelidik percaya bahawa Cloudripper sebenarnya bukan nama cipset dan bukan juga nama Pixel 7 tahun depan. Ini berkemungkinan nama kod platform yang digunakan untuk menguji cip itu yang membawa nombor model “GS201”.

Ini boleh dibandingkan dengan nombor model cipset Tensor pertama iaitu “GS101”. Jika mengikut situasi kini, andaian ini tidaklah keterlaluan kerana Google sedang menghasilkan pengganti cipset Tensor yang digunakan sekarang.

Secara amnya, usaha penyelidikan dan pembangunan jarang berakhir dengan hanya satu cip. Dengan penghasilan cipset Tensor generasi pertama yang menunjukkan prestasi yang mantap, ia mungkin permulaan bagi sebuah legasi yang berjaya.

Apa pun, nantikan berita lanjut mengenainya di Facebook kami dan terus kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: GSMArena

Exit mobile version