Site icon TechNave BM

Google dedahkan video pengacah rasmi Pixel 10a, bakal dilancar 18 Februari ini

Google telah secara rasmi mendedahkan telefon pintar kelas pertengahan Google Pixel 10a dengan pengumuman tarikh pelancaran dan tempahan melalui video pengacah dalam saluran Made by Google di YouTube. Peranti ini dijadualkan dilancarkan pada 18 Februari 2026 dengan tempoh tempahan dibuka pada hari yang sama dan dijangka mula dijual secara umum sekitar 5 Mac 2026.

Menurut laporan awal dan ketirisan, Pixel 10a dijangka mengekalkan reka bentuk dan pengalaman yang mirip model terdahulu (Pixel 9a) termasuk paparan sekitar 6.3 inci dengan kadar segar semula 120Hz serta pemproses Google Tensor G4 dan bateri berkapasiti dalam lingkungan 5,100mAh. Peranti dijangka mengekalkan tahap prestasi yang seimbang tetapi fokus kepada nilai kos.

Walaupun Google belum mengumumkan harga rasmi, khabar angin mengatakan bahawa ia mungkin ditawarkan pada julat harga yang sama atau lebih rendah daripada Pixel 9a yang menjadikannya pilihan lebih menarik di segmen pertengahan. Pixel 10a juga dijangka hadir dalam beberapa warna termasuk versi Berry yang dipaparkan dalam imej awal bersama aksesori lain.

Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan Google Pixel 10a dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version