Site icon TechNave BM

Google derma sehingga RM3.46 bilion untuk melawan krisis COVID-19

Google akan menyumbang derma bernilai US$800 juta (~RM3.46 bilion) untuk membantu perniagaan, organisasi antarabangsa dan pekerja kesihatan sebagai sebahagian daripada usaha syarikat itu untuk melawan koronavirus, di mana sebahagian besar derma itu berupa pengiklanan percuma dalam perkhidmatan oleh Google.

Syarikat itu akan memberikan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan agensi kerajaan pelbagai negara sehingga US$250 juta dalam nilai ruang pengiklanan untuk berkongsi maklumat tentang langkah pencegahan penyebaran wabak koronavirus, menurut blog CEO Google, Sundar Pichai.

US$340 juta dalam kredit pengiklanan Google pula akan diberikan kepada perniagaan kecil dan sederhana yang mempunyai akaun Google aktif sepanjang tahun lepas, dengan US$20 juta lagi diletakkan sebagai bantuan pemulihan dan sokongan untuk perniagaan kecil.

Selain ruang pengiklanan, Google juga akan mendirikan dana pelaburan sebanyak US$200 juta untuk membantu perniagaan kecil mendapat akses kepada modal baru serta US$ 20 juta dalam credit Google Cloud untuk para pengkaji dan cendekiawan mengkaji rawatan COVID-19.

Sebelum ini, Google telah membina sebuah laman web khas untuk memberi maklumat sahih berkenaan COVID-19. Beritahu pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Google Blog

Exit mobile version