Site icon TechNave BM

Google dilaporkan memohon lesen untuk bekerjasama dengan Huawei sekali lagi

Sejak Huawei disenaraikan dalam senarai US Entity tahun lepas, Google telah disekat daripada bekerjasama dengan syarikat tersebut. Baru-baru ini, Google dilaporkan telah memohon lesen dengan kerajaan Amerika Syarikat (AS) untuk bekerjasama dengan Huawei sekali lagi.

Kerajaan AS membenarkan mana-mana syarikat untuk memohon lesen bekerjasama dengan syarikat yang disenaraikan dalam Entity List seperti Huawei. Microsoft merupakan salah sebuah syarikat yang dibenarkan untuk bekerjasama dengan Huawei. Oleh sebab itu, Windows 10 masih digunakan dalam komputer riba terkini Huawei. Namun, tidak semestinya kerajaan AS akan memberi lesen kepada mana-mana syarikat kerana mereka mampu untuk tidak meluluskannya atas sebab tertentu.

Jika lesen tersebut diluluskan, Huawei dan Google boleh bekerjasama kembali dan peranti pintar terkini boleh menggunakan servis Google sekali lagi. Buat masa sekarang, Huawei merupakan jenama besar yang berpangkalan di China dan masih berkembang dengan beberapa telefon pintar walaupun tanpa Google. Mungkin inilah sebab Google memohon lesen, dikhuatiri Google menyedari mereka memerlukan Huawei, lebih daripada Huawei memerlukan Google.

Dengan ini, berkemungkinan telefon pintar Huawei kan kembali dengan servis Google, tetapi hal ini masih bergantung kepada keputusan kerajaan AS. Adakah anda gembira melihat Google kembali ke telefon pintar Huawei? Beritahu kami di laman Facebook dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Diterjemahkan daripada TechNave.com

Exit mobile version