Site icon TechNave BM

Google dilihat sedang menghasilkan peranti lipat, paten muncul dalam talian

Tidak lama yang lalu, Xiaomi telah mengikuti Samsung dan HUAWEI dengan melancarkan peranti lipat yang diberi nama Xiaomi Mi Mix Fold. Kini, sebuah paten telah dikesan dalam talian menunjukkan Google juga sedang berusaha untuk menghasilkan sebuah peranti lipat yang mungkin akan dilancarkan pada masa hadapan.

Mengikut sumber, Google telah menfailkan paten yang bertajuk “Hinge Mechanism by Gear Set with Slider for Foldable Display Device”. Di dalam paten itu, Google dilihat menawarkan mekanisma engsel baru yang membolehkan peranti itu lipat tanpa sebarang kerosakan. Selain itu, Google turut memberitahu masalah yang peranti lipat alami dan mencadangkan patennya yang dapat menyelesaikan masalah tersebut. Paten ini tidak dikhaskan untuk telefon sahaja. Ia juga boleh digunakan pada tablet ataupun komputer riba.

Apa pun, ini hanyalah paten sahaja. Ianya telalu awal untuk menandakan kehadiran peranti lipat Google dalam masa terdekat.

Nantikan berita lanjut mengenai hal ini di Facebook kami dan terus kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber : Gizmochina

Exit mobile version