Site icon TechNave BM

Google disaman kerana mengambil data pengguna walaupun sewaktu dalam mod Incognito

Sebuah saman class action lawsuit telah difailkan terhadap Google, di mana mereka mendakwa syarikat internet tersebut telah melanggar undang-undang dengan menjejaki data internet pengguna walaupun sewaktu mereka menggunakan mod Incognito dalam pelayan web Chrome.

Menurut saman tersebut, syarikat itu menggunakan alat seperti Google Analytics, Google Ad Manager, plug-in dalam laman web serta aplikasi telefon pintar untuk memerhati pengguna walaupun jika mereka tidak klik pada iklan yang dibawa oleh Google.

Pihak yang memfailkan saman itu juga menyatakan jutaan pengguna yang menggunakan Incognito Mode dalam Google Chrome sejak 1 Jun 2016 telah terjejas oleh masalah ini. Mereka ingin menyaman Google sebanyak US$5 bilion atau sekurang-kurangnya US$5,000 untuk setiap pelanggaran undang-undang pengintipan dan privasi California.

Dalam sebuah kenyataan, Google membidas saman tersebut dan akan melindungi diri mereka sebaik mungkin. Mereka menegaskan Incognito Mode tidak akan menyimpan data aktiviti pengguna dalam pelayan web atau peranti yang digunakan. Walau bagaimanapun, laman web yang dilawati masih mampu mengambil informasi anda sewaktu menggunakan Incognito Mode.

Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Engadget

Exit mobile version