Site icon TechNave BM

Google Drive akan kunci pemacu anda jika terdapat fail yang menyalahi undang-undang

Perkhidmatan storan awanan Google Drive digunakan oleh ramai netizen untuk berkongsi fail dengan mudah, namun beberapa pihak tidak bertanggunghjawab telah menyalahgunakannya untuk berkongsi kandungan yang salah di sisi undang-undang.

Kini Google telah menjelaskan bahawa jika sesuatu fail dalam Google Drive mempunyai kandungan yang melanggar syarat penggunaan atau polisi program Google, mereka akan mengunci fail tersebut dan mengelakkanya daripada dikongsi kepada pengguna lain.

Pemilik fail tersebut akan menerima emel daripada Google untuk memaklumkan kepadanya bahawa tindakan mengunci fail telah diambil. Jika pemilik merasakan tindakan tersebut adalah satu kesilapan daripada Google, beliau boleh memohon untuk tindakan tersebut ditarik balik.

Tindakan ini dilakukan bagi mengelakkan penyalahgunaan perkhidmatan Google Drive daripada segi jenayah siber, mesej berbaur kebencian (hate speech), kandungan lucah serta sebarang fail yang boleh membahayakan kanak-kanak.

Sungguh pun begitu, pengecualian mungkin akan diberikan untuk fail yang dikongsi atas tujuan artistik, pendidikan, dokumentari atau saintifik.

Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Google, TechRadar

Exit mobile version