Site icon TechNave BM

Google Drive akan padam fail dalam ‘Trash’ secara automatik selepas 30 hari

Sebelum ini, Google akan membiarkan sahaja anda membuang sendiri fail yang berada di dalam ruang Trash di Google Drive anda. Baru-baru ini, Google telah mengumumkan bahawa Google Drive akan memadam fail dalam ruang Trash secara automatik selepas 30 hari.

Contohnya, anda memindahkan fail gambar di dalam ruang Trash. Jika fail gambar tersebut masih berada di dalam ruang Trash selama 30 hari, ia akan dipadam secara automatik oleh Google. Namun, anda sebagai admin G Suite boleh menyimpan semula fail yang dipadam selama 25 hari. Lihat disini caranya.

Fungsi pemadaman secara automatik ini bukanlah benda baharu untuk Google memandangkan ia telah diaplikasikan pada aplikasi Google lain seperti Gmail. Fungsi ini akan mula beroperasi pada 13 Oktober ini. Untuk memastikan semua pengguna mengetahui pembaharuan ini, Google akan menambah paparan notifikasi untuk pengguna Google Drive.

Adakah fungsi ini akan memudahkan anda? Beritahu kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Google Blog melalui The Verge

Exit mobile version