Site icon TechNave BM

Google Drive dilancar sebagai widget pada iOS 16, diikuti Google News & Gmail tidak lama lagi

Memandangkan lebih banyak widget untuk skrin kunci iOS 16, Google turut sertai dengan melancar tiga widget baharu. Buat masa ini, hanya widget Google Drive yang disediakan manakala Gmail dan Google News akan hadir tidak lama lagi.

Seperti dalam imej di bawah, Gmail akan menunjukkan bilangan mesej baharu dalam bahagian utama, sosial dan promosi anda. Namun, jika anda meletakkannya bersama tarikh dan masa, ia hanya akan menunjukkan bilangan mesej baharu. Selain itu, anda juga boleh menggunakan Gmail dalam format widget yang berbeza.

Kami juga menjangka bahawa Google News akan melakukan perkara yang lebih kurang sama. Bagi Google Drive, format widget hanya tersedia sebagai ikon dan bukan untuk tarikh dan masa. Berkemungkinan juga aplikasi lain turut membangunkan perkara yang sama untuk memudahkan pengguna membuka aplikasi tersebut dengna cepat.

Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version