Site icon TechNave BM

Google hasilkan Emoji Kitchen, kini anda boleh mencipta emoji tersendiri

Jika anda seorang yang suka dengan penggunaan emoji, anda mungkin akan teruja dengan ciri terkini iaitu Gboard. Aplikasi papan kekunci Google kini mempunyai ciri yang menyeronokkan iaitu Emoji Kitchen dimana ia membolehkan anda mencampur emoji yang berbeza dengan mencipta yang baru.

Pada dasarnya, aplikasi ini direka dengan menggabungkan unsur-unsur dua emoji untuk mencipta yang baru, kemudiannya ia boleh digunakan dalam aplikasi yang berbeza seperti Gmail, Whatsapp, Snapchat, dan banyak lagi. Google mendedahkan ciri baharu dalam catatan blog dan mengesahkan bahawa ia kini akan tersedia untuk semua pengguna Android.

Walau bagaimanapun XDA Developer juga telah menguji ciri baru ini dan menyebut bahawa Emoji Kitchen nampaknya terhad kepada emoji wajah atau haiwan sahaja pada masa kini. Mungkin banyak lagi kombinasi yang akan tersedia pada masa akan datang walaupun Google belum mengeluarkan kenyataan mengenainya.

Adakah anda teruja untuk mencipta emoji dengan ciri baru ini? Beritahu kami di Facebook dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Diterjemahkan daripada TechNave English

Exit mobile version