Site icon TechNave BM

Google I/O 2021 akan berlangsung 18 Mei ini secara dalam talian

Beberapa hari yang lalu, Apple telah mengumumkan bahawa mereka akan mengadakan acara WWDC pada 7 Jun ini secara dalam talian. Terbaru, Google pula mengumumkan bahawa acara Google I/0 mereka pada tahun ini juga bakal berlansung secara dalam talian pada 18 Mei ini.

Yang menarik, pengumuman acara Google ini diberitahu melalui teka-teki dengan mesej yang tersembunyi di dalamnya. Selepas menyahkod teka-teki tersebut, Google memberitahu bahawa acara Google I/O 2021 akan berlangsung secara dalam talian dan ianya adalah percuma untuk orang ramai.

Google I/O 2021 ini akan berlangsung dari 18 Mei sehingga 20 Mei dan mereka dikhabarkan akan membuat pengumuman mengenai Chrome, Google Assistant dan juga Android 12 Beta.

Di acara ini, Google Pixel 5a mungkin tidak akan dilancarkan tetapi Google mungkin akan perkenalkan fon telinga Pixel Buds yang terbaru.

Apa pun, nantikan pengumuman rasmi mengenai kehadiran peranti baru dari Google ini.

Berikan komen anda di Facebook kami dan terus kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber : Gizmochina

Exit mobile version