Site icon TechNave BM

Google jenama semula NotebookLM kepada Gemini Notebook

Google secara rasmi menukar nama perkhidmatan NotebookLM kepada Gemini Notebook. Langkah ini dibuat susulan perkembangan pesat perkhidmatan tersebut yang kini digunakan oleh lebih 30 juta pengguna serta 600,000 organisasi sejak diperkenalkan sebagai eksperimen Google Labs pada tahun 2023.

Walaupun mengalami perubahan nama, platform kekal sebagai produk kendiri yang memfokuskan kepada fungsi alat penyelidikan. Kemas kini baharu membawakan fungsi komputer awan selamat bagi setiap buku nota yang membolehkan Gemini Notebook menulis serta melaksanakan kod secara natiif.

Fungsi ini bertujuan membantu pengguna melakukan analisis data kompleks yang berdasarkan kepada sumber maklumat masing-masing. Ia kini ditawarkan kepada pelanggan Google AI Ultra serta pengguna perkhidmatan Workspace manakala pengguna Pro di web akan menerima akses tersebut dalam tempoh beberapa minggu akan datang.

Selain itu, Google menyatakan perancangan untuk mengintegrasikan Gemini Notebook dengan lebih mendalam dalam ekosistem mereka. Notebook pengguna akan boleh diakses melalui Mod AI dalam Carian Google selain daripada aplikasi Gemini yang sedia ada. Google menegaskan bahawa langkah penjenamaan ini mencerminkan pengembangan fungsi produk yang telah melangkaui skop asalnya.

https://bm.technave.com/wp-content/uploads/2026/07/Gemini_Logo_Update_Transition_16x9_v01_kh_UtGrXAV.mp4

Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Google

Exit mobile version