Site icon TechNave BM

Google keluarkan senarai carian tertinggi di Malaysia untuk bulan Mac 2020

Google telah mengeluarkan senarai 10 perkataan tertinggi yang telah dicari oleh rakyat Malaysia pada bulan lepas. Seperti yang dijangkakan, COVID-19 adalah perkataan tertinggi dalam senarai tersebut.

Sementara itu, perisian panggilan video Zoom juga dicari oleh ramai rakyat Malayia, berikutan peningkatan pekerjaan dari rumah selepas Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan. Trend internet juga masih tidak dilupai pada waktu pandemik ini, dengan perkataan Syifa Melvin dan Dalgona Coffee mendapat carian yang tinggi.

Berikut adalah senarai 10 carian Google tertinggi di negara kita:

  1. COVID-19 Malaysia
  2. realme C3 review Malaysia
  3. Bangladesh vs Zimbabwe
  4. COVID-19 Symptoms
  5. Zoom
  6. Syifa Melvin
  7. Chelsea
  8. Livepool vs Atletico Madrid
  9. Dalgona Coffee
  10. Livepool vs Bournemouth

Selepas senarai di atas, rakyat Malaysia juga mencari “klinik berhampiran saya”, “balai polis berhampiran saya”, cara-cara menguatkan sistem imun badan dan cara betul untuk memakai topeng muka.

Beri pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Diterjemahkan daripada TechNave English

Exit mobile version