Google mengumumkan bahawa mereka kini menyertakan teknologi AI generatif terbaik ke dalam pelan Google Workspace Business dan Enterprise tanpa kos tambahan. Langkah ini bertujuan menjadikan kuasa transformasi AI lebih mudah diakses oleh perniagaan daripada pelbagai saiz.
Kini, dengan kemasukan teknologi AI seperti Gemini dan NotebookLM Plus, pelanggan boleh menikmati ciri-ciri canggih seperti:
- AI dalam Gmail, Docs, Sheets dan Meet: Membantu menyusun mesej, menghasilkan dokumen profesional serta meningkatkan pengalaman mesyuarat melalui nota automatik dan audio yang lebih baik.
- Gemini Advanced: Alat perancangan dan analisis yang mempercepatkan projek kompleks termasuk pengekodan dan penyelidikan.
- NotebookLM Plus: Penolong penyelidikan AI yang memberikan gambaran segera daripada sumber dan mempercepatkan pembelajaran pasukan.
Google juga menurunkan kos bagi pelanggan sedia ada. Contohnya, pengguna pelan Business Standard yang sebelum ini membayar RM133.40 bagi setiap pengguna dengan add-on Gemini, kini hanya perlu membayar RM58.40 sahaja.
Google memberi jaminan bahawa data pelanggan tidak akan digunakan untuk melatih model AI di luar domain mereka tanpa kebenaran dan AI ini telah mematuhi piawaian keselamatan global seperti SOC dan ISO.
Ciri-ciri baharu ini akan dilancarkan bermula hari ini kepada pelanggan Business manakala pelanggan Enterprise akan menerima akses pada penghujung bulan ini. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan penambahan AI Google ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

