Site icon TechNave BM

Google kongsi tips untuk elak jadi mangsa ‘scam’ sewaktu COVID-19

Sewaktu wabak COVID-19 ini berpanjangan, pelbagai bentuk scam telah membelenggu rakyat Malaysia. Menyedari situasi ini, Google berkongsi tips untuk mengelakkan anda menjadi mangsa scam. Perkhidmatan-perkhidmatan Google seperti Google Meet, GMail dan Google Play Protect dilengkapi perlindungan yang mencukupi namun anda masih perlu memainkan peranan dengan mengamalkan langkah berjaga-jaga dalam semua aktiviti internet.

Google telah mengenal pasti bahawa terdapat peningkatan panggilan palsu yang berpura-pura datang daripada kakitangan kesihatan, kerajaan, bank dan juga badan bukan kerajaan. Terdapat juga peningkatan para penjual palsu seperti ‘ubat-ubatan’ dan ‘sabun’ yang kononnya boleh melawan jangkitan COVID-19.

Antara tips yang dikongsi oleh Google adalah:

Untuk butiran lanjut, anda boleh lihat infografik di atas atau baca artikel dalam blog mereka. Terdapat juga laman web Google Families untuk mereka yang merasakan keluarga mereka mungkin sudah disasarkan.

Jika anda merasakan anda perlukan perlindungan yang lebih kukuh, mungkin anda boleh berdaftar untuk Google Advaned Protection Program.

TechNave berharap pembaca tidak akan terpedaya dengan pihak tidak bertanggungjawab yang mencipta scam sewaktu wabak yang mencabar ini. Kongsi tips anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version