Site icon TechNave BM

Google lancar Android 16 Beta 3 dengan ciri Kemas Kini Langsung dan lebih stabil

Google telah melancarkan Android 16 Beta 3 yang menandakan pencapaian kestabilan platform. Versi stabil dijangka akan dikeluarkan pada Mei atau Jun dengan peranti Pixel menjadi antara yang pertama menerima kemas kini ini.

Beta 3 memperkenalkan beberapa ciri dan penambahbaikan penting seperti:

Selain itu, Easter egg Android 16 telah dikemas kini untuk mempamerkan ciri Live Updates iaitu sejenis notifikasi baharu untuk aktiviti yang sedang berlangsung. Samsung sedang menguji secara dalaman kulit tersuai berasaskan Android 16, One UI 8.

Walau bagaimanapun, pelepasan beta awam mungkin tidak akan berlaku dalam masa terdekat, kerana fokus semasa adalah untuk menyelesaikan One UI 7 berasaskan Android 15. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat Android 16 Beta 3 dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Android Developers Blog

Exit mobile version