Site icon TechNave BM

Google lancarkan Android 15 versi pembangun pertamanya

Hari ini, Android 15 Developer Preview telah dilancarkan kepada pembangun yang menampilkan peningkatan privasi dan ciri baharu. Memandangkan ia direka khusus untuk pembangun, ia mungkin tidak sesuai untuk kegunaan harian anda.

Google mengumumkan mereka mungkin mengeluarkan versi beta awam antara Mac dan April. Android 15 akan membolehkan anda mempunyai lebih kawalan ke atas iklan yang anda lihat dengan cara yang lebih terperinci.

Menu baharu yang dipanggil “Iklan” telah ditambahkan di bawah bahagian “Privasi & keselamatan” dalam tetapan yang mana anda boleh menyemak aplikasi yang menjejaki aktiviti anda pada telefon untuk memaparkan iklan.

Ini tidak bermakna bahawa iklan pada peranti anda akan dialih keluar sepenuhnya, tetapi ia memastikan bahawa data anda tidak akan dikongsi dengan aplikasi pihak ke-3. Satu lagi ciri baharu dalam Android 15 ialah keupayaan untuk melakukan rakaman skrin separa.

Satu lagi peningkatan ialah pengoptimuman kamera yang lebih baik untuk aplikasi pihak ketiga. Android 15 Developer Preview pada masa ini hanya tersedia untuk siri Pixel 6 dan Pixel yang lebih baharu. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Google

Exit mobile version