Site icon TechNave BM

Google lancarkan aplikasi Gemini untuk iPhone, kini tersedia secara global

Google telah melancarkan aplikasi Gemini untuk pengguna iPhone di iOS yang kini boleh dimuat turun di Apple App Store. Sebelum ini, Gemini sudah tersedia untuk peranti Android, dalam aplikasi Google di iOS serta pada laman web gemini.google.com.

Kini, Google menawarkan aplikasi khusus untuk Gemini pada platform iOS bagi membolehkan pengguna berinteraksi secara percuma dengan Gemini Live. Pengguna iPhone dapat menikmati Gemini Live yang membolehkan mereka berbual secara semula jadi dalam 12 bahasa termasuk bahasa Inggeris, Hindi, Turki, Arab, Itali, Indonesia, Jepun dan Vietnam.

Google juga menjanjikan sokongan untuk lebih banyak bahasa pada masa hadapan. Tambahan, pengguna boleh memilih daripada 10 suara berbeza untuk menyesuaikan suara Gemini. Aplikasi ini menyokong beberapa ciri menarik seperti:

  1. Perbualan bebas dengan Gemini Live yang membolehkan pengguna bertanya soalan atau menukar topik semasa berbual.
  2. Pembelajaran dengan Gemini yang memberi pelan pembelajaran disesuaikan dan kuiz tentang topik yang dipilih.
  3. Penciptaan imej juga disokong dalam aplikasi Gemini di iOS.
  4. Sambungan dengan aplikasi lain seperti YouTube, Google Maps, Gmail dan Google Calendar.

Anda disyorkan mencuba aplikasi ini untuk melihat bagaimana respons terhadap pertanyaan dan jawapan yang diberikan bagi menyelesaikan kekeliruan anda. Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Google

Exit mobile version