Site icon TechNave BM

Google lancarkan Flight Deals, bantu anda cari penerbangan termurah dengan bantuan AI

Buat para pembaca yang gemar melancong ke luar negara, Google telah melancarkan sebuah alat baharu yang akan membantu anda cari tiket penerbangan dan pakej pelancongan yang murah. Alat ini ialah Flight Deals yang merupakan sebuah enjin carian Google Flights yang dikuasakan oleh kecerdasan buatan (AI) untuk bantu anda rancang pengembaraan anda dengan lebih murah.

Tidak seperti Google Flights yang memerlukan anda untuk tentukan sendiri tarikh dan destinasti pelancongan secara spesifik, anda boleh taip sahaja jenis percutian yang anda inginkan serta tarikh dan lokasi secara kasar, kemudian Flight Deals akan membantu anda dapatkan pelan percutian paling sesuai.

Dalam beberapa contoh yang diberi oleh Google, anda boleh taip “percutian seminggu pada waktu musim sejuk di sebuah bandar dengan makanan yang sedap, penerbangan terus sahaja” atau “percutian ski selama 10 hari di resort bertaraf dunia dengan salji segar.” Kemudian, Flight Deals akan cuba sebaik mungkin untuk menyediakan cadangan terbaik untuk anda.

Ia masih belum ditawarkan untuk para pengguna di Malaysia

Buat masa ini, ia hanya dilancar untuk para pengguna di Amerika Syarikat, Kanada dan India dalam fasa beta sahaja. Ia masih belum dilancar untuk pasaran Malaysia, namun ia pasti dinanti oleh mereka yang gemar melancong.

Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan alat baharu ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Blog Google

Exit mobile version