Site icon TechNave BM

Google lancarkan laman web khas untuk maklumat wabak COVID-19

Google telah melancarkan sebuah laman web yang dikhaskan untuk memberi maklumat rasmi berkenaan status penularan wabak COVID-19. Laman web tersebut, Google.com/COVID19/, menyediakan pelbagai maklumat bernilai tentang jangkitan COVID-19 seperti gejala (symptoms), langkah pencegahan dan rawatan.

Laman web tersebut juga menyediakan sebuah peta interaktif untuk melihat perkembangan wabak tersebut di setiap negara yang dikemas kini setiap jam. Selain itu, Google juga mengiklankan tentang sebuah tabung antarabangsa oleh Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu, Tabung Tindakbalas Solidariti COVID-19, jika anda berminat untuk menyumbang wang kepada usaha perubatan untuk melawan wabak ini.

Manakala untuk yang berada di rumah pula, laman web itu juga memberikan panduan untuk memanfaatkan masa kuarantin anda seperti pembelajaran ilmu, cara bekerja dari rumah, senaman ringkas dan resepi-resepi mudah.

Beritahu kami di Facebook jika laman web Google ini amat berguna buat anda dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Google COVID-19 Information & Resources

Exit mobile version