Site icon TechNave BM

Google Lens akan bantu mentafsir tulisan tangan yang sukar dibaca, terutamanya doktor

Google mengumumkan bahawa ia sedang mengusahakan model AI yang boleh menguraikan tulisan tangan yang sukar dibaca terutamanya pada nota dan preskripsi yang ditulis oleh doktor.

Pada persidangan tahunan di India pada hari Isnin, Google mendedahkan bahawa ia sedang bekerjasama dengan ahli farmasi untuk mencipta alat dalam Google Lens yang boleh mentafsir nota perubatan bertulis yang tidak kemas. 

Google mendedahkan fungsi ciri tersebut pada acara itu, tetapi tiada sebarang butiran mengenai pelancarannya. Ciri ini masih memerlukan pembangunan yang banyak sebelum dilancarkan seperti yang dikatakan oleh Google.

Google Lens adalah alat pengecaman objek pelbagai guna berkuasa AI yang mengesan pelbagai objek dan menterjemah bahasa. Buat masa ini, ia sudah boleh menyalin nota tulisan tangan secara digital, tetapi ia masih bergantung pada sejauh mana tulisan tangan itu boleh dibaca. 

Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini. 

Sumber: The Verge

Exit mobile version