Site icon TechNave BM

Google Malaysia henti tawarkan kad tambahan nilai Google Play bermula 15 Jun 2025

Google Malaysia mengumumkan bahawa mereka tidak lagi menawarkan kad fizikal Play Gift Cards untuk menambah nilai dalam baki akaun Google Play, bermula 15 Jun 2025. Jika anda masih memiliki kad tersebut, ia boleh digunakan untuk menambah nilai Google Play sebelum 31 Januari 2026.

Anda dinasihatkan untuk menebus nilai sebarang kad Play Gift Cards sebelum 31 Januari 2026 untuk digunakan dalam aplikasi dan game. Selepas tarikh tersebut, kad yang masih mempunyai nilai tidak boleh lagi ditebus.

Play Gift Cards merupakan salah satu daripada pelbagai kaedah untuk menambah nilai akaun Google Play dan ia boleh didapati dari pelbagai kedai runcit seperti 7-Eleven. Bermula 15 Jun, anda perlu gunakan kaedah lain untuk menambah nilai, seperti kad debit/kredit, perbankan dalam talian atau e-dompet.

Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Google

Exit mobile version