Site icon TechNave BM

Google Malaysia lancarkan Advertising Revenue Lab untuk bantu penerbit berita kecil-kecilan luaskan audiens

Pada hari ini, Google Malaysia mengumumkan Advertising Revenue Lab iaitu sebuah program yang direka untuk membantu syarikat-syarikat penerbitan berita digital yang kecil dan sederhana dalam meluaskan capaian mereka.

Ia merupakan sebahagian daripada program-program Google News Initiative (GNI) yang bekerjasama dengan pelbagai syarikat penerbitan untuk meningkatkan keupayaan pengiklanan dan model perniagaan mereka.

Program baharu ini akan menyediakan latihan teknikal dan produk, serta sokongan untuk mengoptimakan laman web, menambah baik interaksi dengan pembaca dan meningkatkan pendapatan daripada iklan.

Syarikat penerbit akan menerima strategi dan maklumat untuk membesarkan pendapatan daripada pengiklanan digital, supaya mereka boleh fokus dalam memberi berita berkualiti tinggi kepada orang awam. Program ini juga telah mendapat sokongan daripada Menteri Komunikasi, YB Fahmi Fadzil, dalam membangunkan ekosistem berita tempatan.

Layari laman web Google Malaysia untuk maklumat lanjut mengenai program ini. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengannya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version