Site icon TechNave BM

Google Maps lancarkan ciri paparan indeks kualiti udara, bantu pengguna dalam aktiviti riadah

Nampaknya, Google melancarkan ciri menarik yang akan dirasmikan terlebih dahulu oleh rakyat Amerika Syarikat (AS). Aplikasi Google Maps memperkenalkan kepada penggunanya di mana untuk mencari udara segar di AS sesuai bagi mereka yang gemar bersukan atau melakukan aktiviti di luar rumah.

Peta itu dilengkapi dengan lapisan baharu yang memaparkan tindanan Indeks Kualiti Udara (AQI) menggunakan data kerajaan yang dikumpul daripada agensi seperti EPA (Environmental Protection Agency) di AS untuk menunjukkan kepada pengguna udara segar di tempat tertentu. 

Selain itu , ia juga menggunakan data yang disediakan oleh PurpleAir iaitu sebuah syarikat yang membuat sensor untuk mengumpul data kualiti udara hiper-tempatan. Pengguna boleh klik pada bacaan AQI yang bertitik di sekeliling Peta Google ketahui lebih banyak maklumat tentang kesan kesihatan kualiti udara, masa dan sumber bacaan terakhir serta pautan untuk mengetahui lebih lanjut. 

Pada era semasa, agak sukar untuk mencari udara bersih dan segar. Oleh itu, kita juga harus mengambil langkah untuk menjaga alam sekitar ke arah yang lebih baik. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan nantikan berita seterusnya bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia. 

Sumber: The Verge

Exit mobile version