Site icon TechNave BM

Google Maps tunjukkan restoran yang membuat servis penghantaran atau ‘tapau’

Terkini, Google dilaporkan telah mengemas kini Google Maps dengan beberapa kemas kini baru. Kemas kini tersebut termasuklah fungsi pemaparan kedai atau restoran yang menyediakan perkhidmatan penghantaran atau bungkus pulang makanan anda (tapau). Fungsi ini dapat dilihat sama ada pada aplikasi di telefon pintar atau Google Maps di laman webnya.

Mudah sahaja, anda hanya perlu mengemas kini versi terbaru aplikasi Google Maps sama ada anda pengguna App Store mahupun Google Play Store. Setelah memuat turun kemas kini, buka aplikasi Google Maps anda. Anda akan dapat melihat fungsi ‘Delivery’ atau ‘Takeout’. Apa pun, anda perlu tahu bahawa Google Maps hanya menunjukkan tempat yang menawarkan perkhidmatan tersebut sahaja. Anda masih perlu menghubungi restoran tersebut sendiri, bukan menempah melalui Google Maps.

Aplikasi Google Maps pada telefon pintar
Memaparkan perkhidmatan penghantaran yang ada di sekitar anda
Google Maps di laman web pada komputer riba
Anda boleh menghubungi sendiri kedai/restoran tersebut

Fungsi ini agak mudah seiring dengan Perintah Kawalan Pergerakan yang masih berlangsung. Kami merasakan anda tidak perlu lagi mengambil masa lama untuk mencari kedai atau restoran yang menawarkan perkhidmatan tersebut.

Sudahkah anda mencubanya? Beritahu kami di laman Facebook dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi sendiri.

Exit mobile version