Site icon TechNave BM

Google Meet ikut Zoom, bakal hadir dengan ciri kaburkan latar belakang

Aplikasi Zoom menjadi kegemaran orang ramai jika ingin melakukan panggilan video atas talian terutamanya pada waktu pandemik COVID-19 ini kerana ciri-cirinya yang menarik dan mudah untuk digunakan. Antara ciri yang paling menarik adalah kebolehan untuk mengaburkan latar belakang atau menukar latar belakang kepada gambar yang khas.

Cemburu dengan ciri yang menarik ini, ramai pengguna Google Meet meminta agar ciri ini dimasukkan ke perisian Google Meet. Kini, ciri ini secara rasmi akan ditambah ke Google Meet dalam masa terdekat selepas sebuah dokumen yang dilampirkan untuk perisian Google, G suite menyatakan hal tersebut.

Anda anda pengguna Google Meet atau Zoom? Terus kekal dengan Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita perisian terkini.

Exit mobile version