Site icon TechNave BM

Google menasihatkan semua pekerja di Amerika Utara bekerja dari rumah kerana Koronavirus

Google menghantar memo kepada semua pekerja di Amerika Utara dengan mengesyorkan mereka bekerja dari rumah sehingga sekurang-kurangnya 10 April kerana Koronavirus. Google sebelum ini memberitahu pekerjanya di San Francisco Bay Area, Dublin, dan Seattle untuk turut bekerja dari rumah.

Pejabat Google akan tetap dibuka kepada pekerja sekiranya mereka perlu hadir secara fizikal untuk tugas mereka, menurut Business Insider. Ketua Pegawai Eksekutif Sundar Pichai juga menggesa orang ramai untuk “menyumbang” kepada pengasingan dari bersosial pada ciapannya.

Google juga akan membayar cuti sakit jika mereka perlu mengambil cuti kerana COVID-19 melalui dana baru “novel coronavirus”, yang diumumkan hari ini. Dana ini akan disumbangkan kepada tenaga kerja yang bekerja lebih masa dan akan diberi pampasan jika mereka mempunyai gejala COVID-19 atau perlu di kuarantin.

Jumaat lepas, Google mengesahkan akan tetap memberi gaji sekiranya mereka terpaksa cuti bekerja akibat Koronavirus. Adakah anda rasa Malaysia juga patut memulakan langkah seperti ini untuk mengelakkan COVID-19 ini dari terus menular? Ayuh bincangkan dan beritahu kami di laman Facebook sekarang!

Sumber : The Verge

Exit mobile version