Site icon TechNave BM

Google menghentikan seketika kemas kini Chrome untuk Android selepas laporan kehilangan data aplikasi dibuat

Wajah Chrome yang baru pada kemas kini terkini telah menarik berjuta pengguna untuk memuat turun pengemaskinian ini. Chrome dengan reputasi kemas kini yang baik pastinya membuatkan pengguna tidak menjangkakan isu yang bakal terjadi. Malangnya, pengguna Chrome melalui Android dilaporkan mengalami beberapa masalah seperti kehilangan data aplikasi selepas memuat turun kemas kini Chrome. Dengan ini, Google telah mengambil keputusan untuk memberhentikan seketika Chrome 79 untuk pengguna Android.

Memetik dari engadget, kehilangan data ini adalah melalui aplikasi ketiga yang menggunakan WebView. Masalah ini terjadi disebabkan aplikasi yang terlalu bergantung kepada WebView. Walau bagaimanapun, aplikasi yang paling terkesan tidak dapat dikenal pasti, tetapi semestinya aplikasi yang bergantung hampir sepenuhnya kepada platform Google.

Permasalahan ini dikatakan akan diselesaikan oleh pihak syarikat, tanpa kepastian apakah tindakan yang bakal diambil. Namun, menurut sumber masalah ini berkemungkinan akan selesai dengan cara memindahkan fail atau berbalik kepada cara lama. Apa pun, pengguna perlu bersabar dengan masalah pepijat ini. Usah biarkan pepijat yang boleh dikemaskini ini menyebabkan anda melontar ulasan negatif kepada aplikasi Chrome sepenuhnya. Semestinya kepuasan anda adalah keutamaan mereka.

Exit mobile version