Site icon TechNave BM

Google merancang untuk perkenalkan Nearby Sharing ke dalam lebih banyak platform

Memandangkan versi beta untuk Android 11 sudah pun dilancarkan, pengguna Android versi itu boleh mengakses sebuah fungsi yang serupa dengan Apple AirDrop, iaitu Nearby Sharing. Walau bagaimanapun, Google merancang untuk meluaskan penggunaan fungsi itu kepada lebih banyak platform selain Android.

Menurut sumber, tetapan untuk Nearby Sharing telah ditemui dalam Chromebook. Selain itu, fungsi itu juga dijangka akan diperkenalkan dalam Windows, Mac dan Linux melalui pelayar web Google Chrome. Ciri ini masih dalam fasa pengujian namun jika anda berminat untuk mencubanya, anda boleh memuat turun Chrome Canary iaitu pelayar web Chrome yang khas untuk ujian versi awal.

Jika anda tidak pernah dengar tentang Nearby Sharing, ia adalah sebuah fungsi yang membenarkan para pengguna Android untuk memindahkan fail di antara peranti secara mudah melalui hubungan Bluetooth. Apabila Chrome OS atau pelayar web Chrome dilengkapi fungsi ini kelak, pengguna boleh memindahkan fail walaupun di antara platform yang berlainan.

Apabila Android 11 dilancarkan kepada umum kelak, mungkin kita tidak perlu lagi menggunakan kabel USB untuk memindahkan fail secara pantas daripada telefon ke komputer. Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: 9-to-5 Google

Exit mobile version