Site icon TechNave BM

Google, Microsoft, Facebook sepakat untuk dakwa syarikat Israel kerana pasang perisian intip

Terkini, sumber melaporkan bahawa beberapa syarikat di AS telah bersepakat dalam menyokong Facebook untuk mendakwa syarikat dari Israel, NSO Group di atas pemasangan perisian intip dalam aplikasi permesejan. Antara syarikat teknologi yang bersepakat dengan Facebook adalah Microsoft, Google dan VMware.

Kesepakatan ini adalah bertujuan untuk meminta pihak mahkamah untuk tidak membenarkan NSO Group menuntut imuniti dalam dakwaan ini.

Sepintas lalu, NSG Group membangun dan menjual akses kerajaan kepada perisian intip Pegasus. Dengan ini, perisian intip Pegasus dapat menggodam peranti target mereka untuk menjejak lokasi, membaca mesej, mendengar panggilan, mencuri gambar, fail dan informasi lain. Perisian intip ini hadir mengumpan target melalui pautan yang mencurigakan atau melalui kelemahan dalam aplikasi dan peranti.

Terdahulu, WhatsApp telah menemui kelompangan dalam aplikasinya dan mendakwa ia telah dipergunakan untuk pemasangan perisian intip. WhatsApp kemudian menyaman NSO Group. Beberapa peranti iPhone jurnalis turut digodam melalui iMessage oleh perisian intip dari NSO. Pengkaji terdahulu melaporkan bukti hubungan kepada pelayan yang digunakan oleh NSO untuk menyampaikan perisian intip Pegasus.

Dari Citizen Lab yang mengkaji kes ini melalui Techcrunch

Kami berharap agar pengguna juga turut berhati-hati dan lebih peka terhadap aktiviti yang berlaku di telefon pintar anda. Komen pandangan anda mengenai perkara ini di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Techcrunch

Exit mobile version