Site icon TechNave BM

Google mungkin akan lancarkan Android 11 pada 8 September ini

Menurut laporan media, sebuah pembentangan slaid yang sepatutnya hanya boleh diakses oleh Google Developers telah memaklumkan tarikh pelancaran Android 11 iaitu pada Selasa, 8 September ini. Dalam slaid itu juga, Google mengatakan ia akan dilancarkan ke seluruh dunia pada tarikh tersebut.

Sudah tentu hanya beberapa peranti terpilih sahaja yang layak mendapat sistem operasi Android baru itu. Memandangkan siri Xiaomi Mi 10 dan OnePlus 8 sudah pun mempunyai akses kepada Android 11 Beta, dua telefon ini mungkin akan mendapat versi rasmi Android 11 terlebih dahulu.

Antara ciri baru yang dijangkakan terdapat dalam Android 11 adalah Nearby Sharing yang berfungsi seperti AirDrop dalam iOS, fungsi Trash mirip Recycle Bin dalam komputer, rakaman skrin (screen recording), pencatatan automatik (live transcribing), sistem pemesejan Bubbles dan Emoji baru.

Adakah anda teruja dengan kehadiran Android 11 pada September ini? Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: BGR

Exit mobile version