Site icon TechNave BM

Google Nearby Share akan hadir ke dalam kebanyakan peranti Android pada bulan Ogos

Media melaporkan bahawa Google sedang berada dalam fasa terakhir untuk memperkenalkan fungsi Nearby Share ke dalam sistem operasi Android. Menurut sumber, semua pengguna Android 6.0 (Marshmallow) ke atas bakal mendapat fungsi tersebut bermula Ogos ini.

Nearby Share adalah sebuah fungsi mirip AirDrop dalam iOS yang membenarkan dua peranti berasingan untuk berkongsi fail dengan mudah melalui hubungan Bluetooth. Ia sudah pun diperkenalkan dalam Android 11 versi beta.

Selain antara peranti Android, Google juga dilaporkan akan memperkenalkan Nearby Share ke dalam sistem operasi lain seperti Windows, Mac dan Linux melalui pelayar web Chrome.

Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Twitter Mishaal Rahman

Exit mobile version