Site icon TechNave BM

Google panjangkan tempoh percubaan Play Pass kepada 30 hari

Jika anda berminat untuk mencuba pelbagai aplikasi premium tanpa perlu menonton iklan yang menjengkelkan atau membayar yuran untuk setiap aplikasi tersebut, anda boleh menggunakan Google Play Pass di mana anda boleh menggunakan majoriti aplikasi di Play Store secara percuma selama 30 hari.

Google Play Pass adalah satu perkhidmatan di mana pelanggan boleh mengakses kebanyakan aplikasi di Play Store dengan hanya membayar bayaran bulanan serendah US$4.99 (~RM22). Walau bagaimanapun, jika masih tidak ingin membayar untuk Play Pass, anda boleh mencubanya selama 30 hari. Bermula hari ini, Google memanjangkan tempoh percubaan daripada dua minggu kepada 30 hari, menurut satu kiriman dalam Twitter Google.

Walau bagaimanapun, tempoh percubaan 30 hari ini hanya ditawarkan sehingga 14 Mei ini. Setakat ini Play Pass hanya terdapat dalam pasaran Amerika Syarikat sahaja dan tiada di Malaysia. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan Google Play Pass dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Twitter Google

Exit mobile version