Site icon TechNave BM

Google Password Manager kini benarkan perkongsian kata laluan dengan ahli keluarga

Google kini membenarkan pengguna berkongsi kata laluan dengan selamat antara ahli keluarga dalam Google Password Manager. Keupayaan baharu ini disertakan dalam kemas kini perkhidmatan Google Play untuk Mei 2024 yang telah dilancarkan.

Ciri perkongsian kata laluan pada Google Password Manager yang terdapat pada Chrome dan Android perlu dipautkan ke akaun Google anda. Ciri ini boleh digunakan tetapi ia belum lagi tersedia untuk Chrome pada desktop.

Sebaik sahaja anda berkongsi kata laluan dengan salah seorang ahli keluarga anda, salinan kata laluan itu akan disimpan ke dalam Google Password Manager. Anda tidak boleh menggunakan ciri ini dengan orang luar daripada keluarga anda dan kata laluan yang disimpan mempunyai had sehingga enam orang.

Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Google

Exit mobile version