Site icon TechNave BM

Google perkenal ciri perlindungan kecurian untuk keselamatan peranti dan data anda

Telefon pintar membantu pengguna menyimpan maklumat peribadi dan data berharga menjadikannya sasaran yang menarik untuk kecurian. Untuk meningkatkan keselamatan, satu set baharu ciri perlindungan kecurian lanjutan sedang diperkenalkan melalui kemas kini perkhidmatan Google Play mulai akhir tahun ini untuk berbilion peranti yang menjalankan Android 10 dan ke atas dengan beberapa ciri tersedia dalam Android 15.

Kemas kini utama termasuk perlindungan data yang dipertingkatkan untuk menghalang kecurian dan tetapan semula data bagi menghalang pencuri daripada menjual peranti yang dicuri. Selain itu, bagi mereka yang menukar tetapan peranti sensitif seperti melumpuhkan Cari Peranti Saya (Find My Device) atau melanjutkan tamat masa skrin kini memerlukan pengesahan. Langkah pengesahan memerlukan biometrik untuk mengakses tetapan kritikal jika pencuri mengetahui PIN anda.

Seterusnya, ciri Kunci Pengesanan Kecurian (Theft Detection Lock) baharu menggunakan Google AI untuk mengecam jika telefon anda dirampas, kemudiannya mengunci skrin serta-merta. Ciri Kunci Peranti Luar Talian (Offline Device Lock) pula mengunci skrin secara automatik jika telefon diputuskan sambungan untuk tempoh yang lama atau mengesan percubaan pengesahan gagal yang berlebihan. Ciri ini akan tersedia untuk peranti Android 10+ melalui kemas kini perkhidmatan Google Play mulai akhir tahun ini.

Selain itu, bagi mereka yang perlu bertindak pantas selepas telefon mereka dicuri, ciri Kunci Jauh (Remote Lock) menawarkan penyelesaian seterusnya. Ciri ini membolehkan pengguna mengunci skrin telefon mereka hanya menggunakan nombor telefon mereka dan cabaran keselamatan pantas daripada mana-mana peranti, walaupun mereka tidak ingat kata laluan akaun Google mereka.

Ini memberikan masa untuk memulihkan butiran akaun dan menggunakan Cari Peranti Saya untuk tindakan selanjutnya seperti menghantar arahan tetapan semula data. Kunci Jauh juga akan tersedia untuk peranti Android 10 dan ke atas melalui kemas kini perkhidmatan Google Play manakala Cari Peranti Saya tersedia pada peranti Android 5+.

Beritahu pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Google

Exit mobile version