Google melancarkan Gemini 2.0, generasi terkini model AI dengan keupayaan output imej dan audio serta fungsi agentik, membolehkan AI melaksanakan tugasan secara autonomi. Model ini menyokong pelbagai aplikasi termasuk membantu memilih hadiah, memberi cadangan permainan masa nyata dan menjadualkan tugasan.
Gemini 2.0 hadir dengan dua agen utama iaitu Projek Astra, pembantu AI universal untuk Android dengan integrasi Google Search dan Maps, serta Projek Mariner, agen eksperimen yang boleh menavigasi pelayar web secara sendiri.
Gemini 2.0 Flash, versi eksperimen model ini, menawarkan prestasi lebih baik dalam matematik, pengkodan dan penjanaan imej menggunakan teknologi DeepMind Imagen 3. Ia kini tersedia di web dan akan datang ke aplikasi mudah alih tidak lama lagi.
Dengan pelancaran ini, Google membuka era baharu teknologi AI yang lebih pintar dan berdikari. Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.
Sumber: Google

