Google telah memperkenalkan Gemini 2.0 Flash sebagai model utama untuk aplikasi Gemini yang membawa peningkatan dalam kelajuan dan kecekapan. Kemas kini ini susulan pelancaran pada Disember lalu yang menawarkan tugas seperti pencambahan idea, pembelajaran dan penulisan lebih lancar serta pantas.
Bagi pelanggan Gemini Advanced, Google mengekalkan tetingkap konteks 1 juta token yang membolehkan muat naik dokumen sehingga 1,500 halaman. Selain itu, pelanggan terus mendapat akses kepada ciri eksklusif seperti Deep Research yang membantu mendapatkan maklumat mendalam serta Gems yang menyediakan sumber berkualiti untuk penyelidikan lebih cekap.
Dalam perkembangan lain, Google kini menggunakan Imagen 3 untuk penjanaan imej untuk menawarkan tekstur yang lebih terperinci dan interpretasi yang lebih tepat terhadap arahan pengguna. Model baharu ini mampu menghasilkan imej yang lebih realistik dan berkualiti tinggi yang dapat memudahkan pengguna mencipta karya seni digital yang kreatif.
Gemini 2.0 Flash kini boleh diakses melalui web dan aplikasi mudah alih. Sementara itu, Google masih menyokong model terdahulu, Gemini 1.5 Flash dan 1.5 Pro, bagi memudahkan peralihan pengguna. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat untuk mencuba Gemini 2.0 Flash dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.
Sumber: Google

