Site icon TechNave BM

Google pertingkat ciri Play Protect di Malaysia — Sekat aplikasi penipuan sebelum dipasang

Google mengumumkan pelancaran ciri perlindungan penipuan dipertingkat dalam Google Play Protect untuk semua pengguna Android di Malaysia sebagai langkah memperkukuh keselamatan terhadap ancaman scam dan malware. Inisiatif disokong Agensi Keselamatan Siber Negara di bawah Majlis Keselamatan Negara dan diumumkan sempena acara Google 2026 Online Safety Dialogue bersama Fahmi Fadzil.

Ciri Google Play Protect memfokuskan kepada aplikasi “sideloaded” iaitu aplikasi yang dipasang dari luar Google Play seperti melalui pelayar web, aplikasi mesej atau pengurus fail yang dikenal pasti sebagai antara sumber utama penipuan kewangan.

Melalui penambahbaikan ini, sistem akan:

Fahmi Fadzil menyatakan inisiatif ini selari dengan Kempen Internet Selamat 2.0 bagi memperkukuh keselamatan digital negara manakal Google mewajibkan pengesahan pembangun Android menjelang 2027 untuk memastikan hanya aplikasi sah diterbitkan di Malaysia. Pengesahan perkhidmatan kewangan pula telah berkuat kuasa sejak 14 April 2026 yang memerlukan kelulusan Bank Negara Malaysia atau Suruhanjaya Sekuriti Malaysia sebelum pengiklanan dibenarkan.

Selain itu, permainan “Be Scam Ready” versi Bahasa Melayu akan dilancarkan pada suku ketiga 2026 di bawah program Scam Ready ASEAN. Inisiatif tajaan Google.org ini menyasarkan 200,000 rakyat Malaysia dalam tempoh dua tahun menerusi latihan pemimpin komuniti bagi membantu belia serta warga emas mengenal pasti penipuan digital.

Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version