Site icon TechNave BM

Google Photos perkenalkan efek yang membolehkan gambar anda nampak lebih 3D

Google hari ini telah memperkenalkan beberapa fungsi baru dalam aplikasi Google Photos, di mana fungsi yang paling menarik adalah Cinematic Photos yang memperkenalkan efek mirip 3D dalam gambar-gambar 2D. Fungsi ini boleh diakses dalam ruangan Memories dan ia akan dilakukan secara automatik.

Google Photos menggunakan pembelajaran mesin (machine learning) untuk mengagak maklumat kedalaman (depth) gambar dan menghasilkan efek 3D serta pergerakannya berdasarkan maklumat tersebut. Google mengatakan efek ini boleh dilaksanakan walaupun jika gambar tersebut tidak mempunyai maklumat kedalaman daripada kamera.

Selain Cinematic Photos, Google turut menawarkan efek kolaj baru dan tema baru untuk melihat kembali gambar-gambar lama. Semua efek ini akan disertakan dalam kemas kini yang akan dikeluarkan bermula bulan hadapan.

Beritahu kami di Facebook jika anda akan menggunakan Cinematic Photos dalam aplikasi Google Photos dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Google Blog

Exit mobile version