Site icon TechNave BM

Google Pixed Buds A-Series dilancar : Bateri 24 jam dengan ciri Adaptive Sound, harga bermula ~RM408

Terbaru, Google telah melancarkan fon telinga mereka yang mampu milik iaitu Pixel Buds A-Series. Ianya adalah versi yang lebih murah berbanding Pixel Buds yang asal.

Pixel Buds A-Series ini menggunakan pemacu 12mm dynamic untuk menghasilkan bunyi yang kuat dan jelas serta hadir dengan efek bunyi Bass Boost. Yang menarik, fon telinga ini dilengkapi dua microfon ‘beamforming‘ untuk panggilan telefon yang lebih baik dan ia hadir dengan ciri Adaptive Sound. Ciri ini membantu mengubah kelantangan mengikut keadaan sekeliling. Perlu diberitahu bahawa fon telinga ini tidak menyokong sebarang pembatalan hingar aktif (ANC).

Pixel Buds A-Series mampu bertahan selama 5 jam untuk lagu atau 2.5 jam panggilan telefon dengan bateri yang penuh. Jika menggunakan kesemua bateri bekas pengecasnya, ia mampu bertahan selama 24 jam lagu atau 12 jam panggilan telefon. Peranti ini dikatakan mampu bertahan 3 jam untuk lagu dengan pengecasan selama 15 minit sahaja. Untuk ketahanan, ia hadir dengan ciri IPx4 yang kalis renjis air.

Ia juga hadir dengan kawalan sentuhan, Bluetooth 5.0 dan port USB-C untuk pengecasan.

Buat masa ini, Pixel Buds A-Series hanya dijual di Amerika Syarikat dengan harga USD 99 (~RM408) dan ia ditawarkan dengan dua pilihan warna iaitu Clearly White (putih) dan Dark Olive (hijau gelap zaitun).

Adakah anda berminat dengan peranti ini? Berikan komen anda di Facebook kami dan terus kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version