Site icon TechNave BM

Google Pixel 4a sedia ditempah di Singapura berharga ~RM1,518, bukan di Malaysia

Pada awal Ogos lalu, Google telah mengumumkan peranti kelas pertengahannya Google Pixel 4a di pasaran Barat. Google Pixel 4a kini tersedia untuk dipra-tempah di beberapa negara lain seperti Perancis, Jerman, Ireland, Sepanyol, Taiwan, dan termasuklah Singapura.

Seperti yang kita sudah sedia maklum, peranti Google masih tidak dilancarkan secara rasmi di Malaysia. Namun, harga di pasaran-pasaran boleh menjadi rujukan jika anda ingin mendapatkannya melalui penjual tidak rasmi, contohnya di laman e-dagang. Perlu kami ingatkan bahawa anda perlu berhati-hati dalam urusan jual beli telefon pintar.

Untuk pengetahuan anda, Google Pizel 4a hadir dengan Snapdragon 730G, skrin OLED 5.81 inci dan ciri kamera yang hadir seperti Night Sight, Portrait Mode dan OIS untuk menstabilkan video walaupun cuma hanya satu tetapan kamera utama sahaja. Di negara jiran terdekat Singapura, ianya berharga $499 (~RM1,518).

Adakah anda berminat dengan peranti Google Pixel 4a? Kongsikan bersama kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Anda boleh membaca mengenai peranti Google Pixel 4a 5G dan Google Pixel 5 yang bakal hadir dengan spesifikasi menarik!

Sumber: GSMArena

Exit mobile version