Site icon TechNave BM

Google Pixel 5, Pixel 4a 5G dilancar: Snapdragon 765G, kamera ultra lebar 16MP bermula ~RM2,069

Awal pagi tadi, Google telah merasmikan beberapa produk teknologinya yang terbaru termasuk dua telefon pintar yang dinanti ramai; Google Pixel 5 dan Google Pixel 4a 5G. Kedua-dua telefon pintar 5G dari Google ini memiliki beberapa spesifikasi menarik termasuklah kehadiran dua kamera.

Antara spesifikasi sama untuk Google Pixel 5 dan Pixel 4a 5G adalah janaan Snapdragon 765G, jenis skrin OLED, dua kamera utama 12.2MP + 16MP ultra lebar, kamera swafoto 8MP dan sokongan pengecasan 18W yang sama. Anda boleh menyemak spesifikasi asas kedua-dua peranti di bawah.

Google Pixel 5

Google Pixel 4a 5G

Perlu anda ketahui bahawa Pixel 5 mempunyai ciri-ciri yang lebih premium dari Pixel 4a 5G seperti bateri yang lebih besar, rekaan badan logam kaca bertekstur dengan rating IP68, kadar segar semula 90Hz, sokongan pengecasan wayarles dan RAM 8GB.

Antara ciri teknologi menarik yang hadir pada kedua-dua peranti ini pula adalah sokongan rakaman video 4K 60FPS, tiga mod penstabilan (Locked, Active, Cinematic Pan), rakaman HDR+ bracketing, mod Portrait Night Sight dan mod Portrait Light.

Gambar Google Pixel 4a 5G:

Gambar Google Pixel 5:

Antara ciri teknologi dan spesifikasi kedua-dua peranti:

Google Pixel 4a 5G akan mula dipasarkan pada 5 November ini di beberapa negara (tidak termasuk Malaysia) dengan harga $499 (sekitar ~RM2,069).

Google Pixel 5 pula mula dipasarkan hari ini (pra-tempah) dengan harga $699 (sekitar ~RM2,899) di beberapa negara juga tidak termasuk Malaysia.

Apakah pendapat anda mengenai peranti Google yang popular dengan fungsi kameranya, kini hadir dengan naik taraf kamera? Adakah anda berminat? Beritahu kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: GSMArena

Exit mobile version