Site icon TechNave BM

Google Pixel 5 Pro muncul di dalam talian, dilengkapi kamera bawah skrin

Pada minggu yang lalu, sebuah telefon dari Google dengan nama Google Pixel XE telah dikesan di dalam talian tetapi spesifikasinya masih lagi tidak diketahui. Terbaru, sebuah peranti Google yang diberi nama Pixel 5 Pro pula telah muncul dan ini berkemungkinan merujuk kepada peranti Pixel XE.

Berdasarkan gambar yang tertiris, Pixel 5 Pro ini dilihat tidak mempunyai potongan skrin untuk kamera hadapannya. Ini bermakna peranti ini mungkin akan hadir dengan kamera swafoto di bawah skrin, sama seperti ZTE Axon 20 5G.

Buat masa ini, hanya Axon 20 5G sahaja yang menggunakan kamera swafoto di bawah skrin namun ia tidak mendapat sambutan yang baik kerana kualiti kamera swofotonya yang tidak memuaskan. Jadi, tindakan Google untuk menggunakan teknologi ini dilihat adalah langkah yang agak berisiko.

Pixel 5 Pro ini dilihat hadir dengan sokongan 2 kad SIM. Selain itu, sumber juga menunjukkan peranti ini dilengkapi dengan cipset Snapdragon 865 bersama RAM 8GB dan storan 256GB. Buat masa ini, spesifikasi lain peranti ini masih lagi kekal sebagai misteri.

Penyenaraian AIDA64

Nantikan berita lanjut mengenai Pixel 5 Pro di Facebook kami dan terus kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber : GSMArena

Exit mobile version